LATARBELAKANG

Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) atau sebelum ini dikenali dengan nama Institut Pengurusan Kedah (KIM) adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah yang ditubuhkan pada 29 Ogos 1999 melalui pendaftaran Kedah Institute of Management Sdn Bhd.

Kewujudannya adalah sebagai susulan daripada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri pada 19 Julai 1999 yang telah melahirkan hasrat kerajaan negeri untuk menubuhkan dan mengendalikan sebuah institut latihan bertujuan pembangunan latihan anggota pentadbiran awam negeri dan rakyat Negeri Kedah secara lebih terancang, berwawasan dan menyeluruh.

Kompleks INSPIN yang seluas 2.051 hektar terletak kira-kira 3 km dari pusat Bandar Alor Setar dan beroperasi di dalam Kompleks INSPIN, Alor Setar.

Pada Mei 2006, Institut Pengurusan Kedah (KIM) diperkembangkan dengan program integriti. Justeru itu, namanya ditukarkan kepada Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN).