Pengurus Besar

paktuan carta organisasi

TUAN HAJI SYED SHAHARUDDIN BIN SYED ABDULLAH, AMK., AMN., BCK.
Pengurus Besar,
Institut Pengurusan Dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman

Syed Shaharuddin bin Syed Abdullah telah lahir pada 1 Mac 1966. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Tunku Abdul Malik, Kulim. Kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kulim serta mempunyai kelulusan American Associate Degree di Maktab Sains Mara (MRM), Kuantang, Pahang. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi dan mendapat Ijazah sarjana Muda (Kepujian) Pentadbiran Perniagaan (Management), Uiversity Of Missouri St. Louis, USA.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang. Beliau pernah menyandang jawatan Senior Operation Officer (Credit Control) di Finance Berhad Cawangan Butterworth, Pulau Pinang pada tahun 1989. Kemudian beliau menyandang jawatan Credit & Bills Officers di Wisma RHB, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1991, beliau mula bertugas sebagai Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman (KCS). Beliau telah banyak bertugas di pelbagai jabatan :

1991 – 1993 : Penolong Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan
1993 – 1995 : Penolong Pentadbir Tanah Kota Setar
1995 – 1998 : Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Langkawi
1998 – 2001 : Ketua Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Langkawi
2001 – 2005 : Penolong Setiausaha Kerajaan (Bahagian Protokol & Istiadat)
2005 – 2008 : Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Kanan
(Bahagian Khidmat Pengurusan)
2008 – 2011 : Pentadbir Tanah Kubang Pasu
2011 – 2012 : Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Hasil) Negeri Kedah
2012 – 2015 : Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan
(Bahagian Kerajaan Tempatan)
2015 – sekarang : Pengurus Besar Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah

Beliau juga aktif dalam pelbagai persatuan dan aktiviti.

* Naib Yang DiPertua II Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah
(diterajui oleh YTM Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan)

* Ahli Jawatankuasa Persatuan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman

* Setiausaha Badan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman (2002 – 2009)

* Setiausaha Penaja Kelab ANSARA Kedah (Persatuan Lepasan Pelajar Maktab Rendah Sains MARA)
(diterajui oleh YAB Dato’ Paduka Menteri Besar Kedah Darul Aman)

* Mengetuai delegasi pegawai-pegawai kerajaan dari Malaysia ke Jepun anjuran JPA dan JICA pada tahun 1996 selama 1 bulan

* Menjadi penceramah di Universiti Utara Malaysia mengenai pengurusan majlis, istiadat dan protokol untuk pensyarah-pensyarah

* Menjadi pegawai pengiring/koordinator untuk pembesar-pembesar negara semasa acara-acara antarabangsa di Langkawi seperti LIMA, Langkawi International Dialoque, Sukan Commonwealth 1998, Lawatan Pengiring-Pengiring Negara Ke Langkawi dan Negeri Kedah

* Dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2002 di atas jasa dan khidmat bakti dalam membantu Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi acara-acara di Langkawi dan Negeri Kedah

* Berpengalaman luas dalam bidang pembangunan daerah dan tanah terutamanya daerah Langkawi dan Pulau Tuba semasa menjadi Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi di tahun 1995 hingga 2001.