Latarbelakang INSPIN

inspin-01 copy

MAKLUMAT KORPORAT
Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman
(dulu dikenali sebagai Kedah Institute of Management)

Tarikh Penubuhan
29 Ogos 1999

Status
Syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Kedah

Alamat didaftarkan
No. 321, Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350, Alor Setar, Kedah Darul Aman

Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) atau sebelum ini dikenali dengan nama Institut Pengurusan Kedah (KIM) adalah sebuah syarikat sendirian berhad milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang telah ditubuhkan pada 29 Ogos 1999 melalui pendaftaran Kedah Institute of Management Sdn. Bhd.

Kewujudannya adalah susulan daripada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Julai 1999 yang telah melahirkan hasrat Kerajaan Negeri untuk menubuh dan mengendalikan sebuah institut latihan bertujuan pembangunan latihan anggota Pentadbiran Awam Negeri dan rakyat Negeri Kedah Darul Aman secara lebih terancang, berwawasan dan menyeluruh.

Kompleks INSPIN yang seluas 2.501 hektar terletak kira – kira 3 KM dari pusat bandar Alor Setar, beroperasi di dalam Kompleks INSPIN, Lebuhraya Sultanah Bahiyah.

Kompleks INSPIN merangkumi bahagian Pengurusan dan Latihan, Asrama dan Penginapan, Dewan Sultanah Bahiyah, Bilik Kuliah Ilmu, Bilik Kuliah Ilham, Bilik Kuliah Intan dan Kompleks Sultanah Bahiyah