Komponen Operasi

KOMPONEN OPERASI

Produk utama INSPIN ialah menyediakan program-program latihan dan perkhidmatan logistik. Program-program latihan yang ditawarkan kepada pelanggan adalah menjurus kepada kecemerlangan pengurusan dan sistem penyampaian kerajaan yang efisyen, dan pembangunan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

KOMPONEN LATIHAN

INSPIN menawarkan produk utama melalui program-program latihan dan perkhidmatan perundingan pengurusan. Melalui program ini, pegawai-pegawai akan diberi pendedahan yang luas berkaitan dengan ilmu dan pengetahuan, budaya dan proses pengurusan terkini sama ada bersifat “generic” dan “skill development”.
Komponen Latihan INSPIN meliputi :-
Latihan kakitangan penjawat awam.
Latihan kakitangan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan dan Badan Berkanun Negeri.
Latihan kakitangan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan.
Latihan Sektor Swasta dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Selaras dengan kewujudan INSPIN pada tahun 2006 peranan INSPIN diperluas lagi dengan Program Integriti.