Program Transformasi Minda

Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman (INSPIN) adalah sebuah Agensi Latihan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (No. Reg 1818) yang berfungsi sebagai penyedia kursus dan latihan dalam bidang pengurusan sumber manusia.

INSPIN telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia melalui surat JPA241/207/7 Jilid 3 bertarikh 15 Jun 2004 bagi melaksanakan Kursus Induksi Umum yang kini digantikan dengan Program Transformasi Minda (PTM)
(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2012).

Pelaksanaan PTM adalah selama 05 hari dan boleh dilaksanakan tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred jawatan atau dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian Jabatan/Agensi.

Kerangka Kurikulum PTM ini terbahagi kepada 03 segmen utama iaitu:
Segmen I : Negara dan Perkhidmatan Awam
Segmen II : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai
Segmen III : Budaya Kerja Kelas Pertama