FUTURE LEADERS

FUTURE LEADERS PROGRAMME 2020
“MEMBENTUK PEMIMPIN MUDA YANG BERKALIBER”

 

Muat turun borang permohonan dibawah :

BORANG PERMOHONAN FUTURE LEADERS PROGRAMME 2020

Future Leaders Programme 2020 merupakan sebahagian usaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman untuk membangunkan modal insan bagi jangka masa panjang, khususnya untuk lepasan-lepasan mahasiswa anak jati Kedah yang masih belum mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Pelatih-pelatih yang dipilih akan ditempatkan di organisasi utama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan juga Syarikat Milik Kerajaan (GLC) untuk melalui pengalaman latihan bekerja (internship) selama (6) bulan.

Program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat pemimpin muda di kalangan golongan mahasiswa seterusnya melahirkan modal insan masa hadapan yang berprestasi tinggi yang akan menjadi permata untuk Negeri Kedah Darul Aman.

LATAR BELAKANG PROGRAM

  • Future Leaders Programme 2020 akan diadakan selama 6 bulan di organisasi utama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan juga syarikat milik Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (GLC).
  • Calon yang memohon akan disenarai pendek dan akan dipanggil untuk sesi temuduga pada 2 Disember 2018.
  • Elaun RM 1500 akan diberi sepanjang program.
  • Sesi internship akan bermula pada 1 Januari 2019 – 30 Jun 2019 (6 bulan).

OBJEKTIF

  • Menyediakan platform khas buat golongan mahasiswa anak Negeri Kedah Darul Aman di seluruh negara mempelajari pengurusan pentadbiran dan politik tanah air.
  • Menjadi salah satu inisiatif untuk menyediakan hubungan di antara golongan mahasiswa dengan Kerajaan Negeri Kedah dalam membantu pelan pemantapan ekonomi, pentadbiran, pembangunan dan politik negeri Kedah.
  • Melatih tenaga muda dalam melahirkan bakat-bakat penjawat awam yang akan berkhidmat untuk Kerajaan Negeri Kedah.
  • Membantu Kerajaan Negeri Kedah dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan negeri kepada golongan belia dan seterusnya kepada seluruh rakyat.

SYARAT PENYERTAAN

  • Pemohon adalah merupakan anak kelahiran Kedah. Sekirannya pemohon lahir di negeri lain, pemohon haruslah mengemukakan salinan kad pengenalan ibu atau bapa yang merupakan anak kelahiran Kedah.
  • Pemohon haruslah memiliki sekurang-kurangnya Ijazah di dalam apa juga bidang yang diiktiraf.
  • Berumur 25 tahun ke bawah.
  • Pemohon haruslah memberi komitmen sepenuhnya di dalam program ini.
  • Sedang berada di tahun akhir pengajian, tamat pengajian ataupun masih tidak bekerja.
  • Memiliki ciri-ciri kepimpinan.
  • Mempunyai pengetahuan am yang baik tentang Negeri Kedah dan isu semasa negara.

Maklumat lanjut, sila hubungi :

TUAN SYED SHAHARUDDIN BIN SYED ABDULLAH
Pengurus Besar INSPIN
019-443 0056

Mohd Hafiz bin Yeop
Pegawai Latihan INSPIN
017-458 4618

Azharuddin bin Abu Bakar
Pegawai INSPIN
019-576 0488

Zuraini bt Abdul Wahab
Setiausaha Latihan
011-5656 5625